Hey! MU juara la!

LONDON – Manchester United mengesahkan status selaku kuasa bola sepak England apabila muncul juara Liga Perdana England musim ini.
Skuad kendalian Alex Ferguson itu menewaskan Wigan 2-0 pada perlawanan penutup musim semalam sekali gus menjulang gelaran liga ke-17 dalam sejarah bola sepak England.
Ia juga adalah gelaran ke-10 buat Ferguson sejak pengendali dari Scotland itu membimbing United pada tahun 1986.
Pada aksi di Stadium JJB semalam, United yang turut memburu gelaran kali kedua berturut-turut membuka tirai menerusi Cristiano Ronaldo yang bijak menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-33.
Pemain tengah berpengalaman, Ryan Giggs kemudiannya mengesahkan kemenangan mutlak buat United menerusi gol kedua pada minit ke-80.
Lebih membanggakan lagi, kemenangan itu meletakkan United unggul dengan 87 mata, dua mata mengatasi pencabar terdekat, Chelsea.
Arsenal pula menamatkan saingan musim ini di tempat ketiga dengan 83 mata diikuti Liverpool (76), Everton (65) dan Aston Villa dengan 60 mata.
Sementara itu, Chelsea yang turut berpeluang untuk muncul juara liga sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Bolton di Stamford Bridge.
Kevin Davies menafikan hajat tuan rumah untuk mengutip tiga mata penuh apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-90.
Sebelum itu, penyerang Ukraine, Andriy Shevchenko meletakkan Tthe Blues di hadapan minit ke-62 menerusi satu jaringan cantik.
“Kami memang berhak memenangi gelaran ini,” jelas Ronaldo yang muncul penjaring terbanyak liga musim ini dengan 31 gol.
“Semuanya cukup jelas kerana kami telah bekerja keras sejak dari awal musim untuk mempamerkan satu permainan terbaik.”
Giggs pula yang berjaya menyamai rekod penampilan Bobby Charlton dengan 758 perlawanan menganggap kejayaan United muncul juara liga musim ini adalah sesuatu yang istimewa buat dirinya.
“Rekod bukanlah segala-galanya, tetapi kejuaraan ini yang lebih penting,” jelas Giggs. – Agensi

5 People have left comments on this post
yehaaaaa!!!
aku ingatkan kita hanya menang sbb kelebihan gol.
tak sangka pula bolton buat chelsea gigit jari.
masa chelsea mengatasi bolton buat aku sesak nafas.
jaringan giggs buat semua fans MU melonjak kegembiraan.
weiiiii!!!!!
kita mmg hebat,mana taknya
pasukan mana jaringan paling banyak= MU
pasukan mana bolos pasling sikit=MU
pemain mana terbaik=ronaldo MU
yehaaaaaaaa~jom parti!!!!
ya sis..sememangnya kita patut menang dlm this season….
satu lagi sis..penjaring terbanyak= Ronaldo MU gak…huhu
tak sabar nie nk tgk final champion league
gol terlawa..ronaldo jugak!gol freekick roket dia masa lwn portsmouth and gol backheel dia masa lawan aston villa…
gol freekick dia dipilih gol of de season
park13’s last blog post..We are the champion
1 Trackback(s)