Kemenangan Yang Membarakan Semangat The Red Devils

kemenangan Man United keatas dalam saingan Fa Cup akan meningkatkan semangat pemain skuad Sir Alex Ferguson untuk memberi cabaran keatas pendahulu liga, Man City.
Perlawanan menentang musuh tradisi iaitu Man City dalam saingan Fa Cup pada Ahad telah memberi kemenangan 3-2 yang menyaksikan kembalinya pemain veteran Paul Scholes daripada pesaraannya.

Perlawanan yang bermula dengan penuh mendebarkan kepada peminat kedua-dua dikejutkan dengan jaringan Wayne Rooney seawal minit ke 10.Crossing daripada Antonio Valencia dari bahagian sayap kanan tepat menuju ke Rooney dan tandukkannya hanya disaksikan oleh keeper Man City.
Nasib malang City diterukkan dengan kaptennya Vincent Kompany diperintah keluar padang akibat double footed tackle keatas Nani dan dilayangkan dengan kad merah. Walaupun City cuba mencari-cari rentak untuk menyamakan kedudukan, namun perlawanan tersebut dikawal sepenuhnya oleh United dan beberapa saves daripada keeper United Andres Lindergaard.
Pemain muda Danny Welbeck menjaringkan gol ke-2 United dengan cantik. corner kick daripada Ryan Giggs membuahkan gol tersebut dengan volley yang melencong daripada Welbeck.

Gol ketiga juga daripada hasil usaha Welbeck akibat tackle Kolarov keatasnya dalam penalty box. Tendangan penalti daripada Rooney ditepis namun follow up Rooney tidak dapat dihalang.
Permainan pada babak kedua makin sengit apabila Kolarov menjaringkan gol daripada free kick pada minit ke-47. Sergio Aguero menyumbatkan gol ke-2 City pada minit ke-64 akibat kealpaan defend Man United. Kedudukan kekal 3-2 hingga tamat perlawanan.
Perlawanan seterus United ialah menentang Bolton pada Sabtu.
