Berita menjelang: Barca vs MU


BARCELONA, Sepanyol – Jurulatih Barcelona, Frank Rijkaard mengarahkan tonggak pertahanan, Rafa Marquez ‘merantai’ dua bintang Manchester United, Wayne Rooney dan Cristiano Ronaldo.
Marquez dijangka mengemudi bentang Barca berikutan ketiadaan kapten, Carles Puyol pada aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Stadium Nou Camp awal pagi esok.
Begitupun, tahap kecergasan Marquez diragui kerana dia dilaporkan masih belum cergas sepenuhnya ekoran kecederaan di bahagian kaki kanannya.
“Saya sakit setiap kali menyepak bola. Saya juga merasa sangat sakit apabila saya berlari tetapi saya sudah mengalami masalah ini sejak beberapa musim yang lalu,” kata Marquez kelmarin.
“Saya terpaksa melakukan suntikan untuk bermain (setiap minggu) tetapi perkara ini tidak pernah didedahkan.”
![]() |
|
|
Rijkaard mempunyai banyak pilihan untuk menggantikan tempat Puyol di bahagian pertahanan tengah tetapi ada antara pemainnya masih belum cergas sepenuhnya.
Pemain antarabangsa Brazil, Edmilson masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan betis.
Manakala Oleguer Presas hanya disahkan cergas Isnin lalu selepas sebulan diketepikan berikutan patah jari.
“Saya masih menilai kemampuan setiap pemain khususnya di barisan pertahanan. Apa sekalipun Marquez tetap diberi tanggungjawab merantai pergerakan Rooney dan Ronaldo,” tambah Rijkaard. – AFP
————————————————————————————————————–
Deco mahu kecewakan Ferguson
BARCELONA – “Saya akan menghantui kamu sekali lagi.”
Itu amaran daripada pemain tengah Barcelona, Deco kepada pengurus Manchester United, Alex Ferguson menjelang aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi esok.
![]() |
| DECO mahu bantu Barcelona raih kemenangan ke atas United. |
Empat tahun lalu, Deco merupakan perancang utama Porto FC ketika menewaskan United pada pusingan kalah mati Liga Juara-Juara 2004.
Kali ini, Deco mahu membantu Barca mengecewakan United pada aksi separuh akhir.
“Aksi di Old Trafford pada tahun 2004 penuh emosi. Ia merupakan detik yang sukar saya lupakan.
“Saya berharap saya boleh mengulanginya bersama Barcelona. Kami hanya memikirkan kemenangan di gelanggang sendiri,” kata Deco.
Sementara itu, penyerang Barcelona, Thierry Henry masih belum pasti diturunkan pada pertemuan ini nanti.
Penyerang antarabangsa Perancis itu dilaporkan mengalami demam selesema dan tidak menyertai latihan sejak tiga hari lalu.
“Henry masih demam dan tidak menyertai sesi latihan sejak Isnin lalu,” lapor kenyataan kelab Sepanyol itu. – Agensi
—————————————————————————————————————-
Ronaldo, Meisi jadi tumpuan di Nou Camp
BARCELONA: Manchester United kembali ke Stadium Nou Camp, Barcelona, hari ini, arena salah satu kejayaan gemilang kelab itu, dengan kemaraan ke final Liga Juara sekali lagi menjadi sasaran mereka.
Juara bertahan serta pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, berdepan kelab Catalan yang memenangi Liga Juara 2006, awal pagi esok dalam perlawanan pertama separuh akhir yang menyaksikan pemenang akan bertemu sama ada Chelsea atau pun Liverpool.
Kedua-dua Barca dan Manchester United, tidak kalah dalam Liga Juara musim ini dan pengurus Red Devils, Sir Alex Ferguson penuh yakin persembahan menarik menanti peminat bola sepak.
“Pada musim 98-99, kami seri 3-3 di Barcelona dan 3-3 di Manchester. Ia perlawanan menarik. Keputusan perlawanan menunjukkan kedua-dua pasukan gemar bermain bola sepak yang bagus dengan corak menyerang,” kata Ferguson.
“Mungkin kita akan dapat menyaksikan semua di separuh akhir nanti. Sudah tentu menyeronokkan.”
Perlawanan itu disebut sebagai bukan hanya pertarungan antara dua kelab gergasi tetapi pertembungan bersemuka membabitkan dua pemain paling menarik di dunia ketika ini ? penyerang United, Cristiano Ronaldo (gambar) dan perancang Barca, Lionel Messi.



6 People have left comments on this post
C.Ronaldo tak dapat di turun kan
sebab dating ngan awek dia ke paris minum red wine..
dan C.Ronaldo dah minta cuti kat Ferguson malam nie..
bila SAF tak bagi..
dia nak pergi ke Real Madrid yang berani menawarkan 60jt pounds untuk khidmat C.Ronaldo
jadi prediksi malam ini
Barca 3 ( Lionel messi 24′ , Thierry henry 65′ , 84′ )
Man U 1 ( Rooney 90′ —> pinalty ehsan dari pengadil yang minat kat SAF )
hue..hue..hue
just kidding beb..
don’t be angry..
release tension..
so there were no heart attack when watching the game..
enjoy ur team semi final..
Good LUck
hahaa tq qsheira…jgn lupa tgk sekali dan support team from EPL tau…
huhu…qsheira…
support epl team ke x?
gud luck to arsenal for the rest of the game…
Apa dah jadi nie???
he..he..he
C.Ronaldo pinalty failed..
aku rasa memang sengaja nie..
dia nak bedal barca kat OT..
tapi boleh ke??
kadang2 gua tengok Man U..
bila kat BPL memang garang gak larr..
tapi..
bila dah kat CL lembik sikit..
mungkin main ekstra hati2 jadi buat mistake sendiri..
kita tengok minggu depan pulak..
Aku rasa Pressure kat Man U..
sebab ujung minggu nie main ngan Chelsea..
bila kalah…
risau kan lah semangat Player2 ur idol
any way
good luck for 2 Championship
x paya riso tok tema kita.ko tau x qshiera…ada pakar ckp ronaldo miss penalty bkn sb dia mental atau pressure, tp sb dia terlalu over komfiden, so xkira la lwn chelsea ke barca tok 2nd leg ke, man utd tetap akan menang
-Glory Glory Man Utd-
chanpang’s last blog post..Record is set to be broken
x sabar nk tggu match lawan Barca plk. Klu menang tahniah la tp klu sebaliknya, Qsheira aku tggu hang je mainkan peranan.ekekekeke
“so xkira la lwn chelsea ke barca tok 2nd leg ke, man utd tetap akan menang”
= ye ke? yg kalah lawan chelsea hasil gol Ballack tu team ape ek?Ekekeke.Langit x slalunye cerah. Jgn over konfiden kwn.
jgn mare ye kwn2, gurauan itu adalah part of our life