'United di laluan betul'

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menganggap kemenangan 2-1 ke atas Arsenal di Old Trafford kelmarin sebagai detik penentu kepada perebutan gelaran Liga Perdana England musim ini.

Kejayaan itu menyaksikan United kekal mendahului takhta liga sekalipun diekori rapat Chelsea. Begitupun, skuad Avram Grant itu masih mempunyai kelebihan satu perlawanan berbanding United dan dilihat mampu menghalang hajat skuad Red Devils muncul juara.

Dengan baki empat perlawanan, Ferguson yakin anak buahnya kini berada di landasan yang betul bagi mempertahankan kejuaraan liga.

United bakal berdepan Blackburn Rovers selepas ini dan sekiranya kemenangan berjaya dilakar di Edwood Park, anak buah Ferguson sudah mula boleh mengimpikan kejuaraan liga dengan syarat mereka perlu menewaskan Chelsea di Stamford Bridge pada 26 April ini.”Saya kata jika kami menang tiga perlawanan selepas ini, kami akan menjadi juara,” kata Ferguson.”Kami berjaya mengharungi detik yang mendebarkan hari ini (kelmarin).”Kami ada masa seminggu untuk berehat dan mengumpul semula tenaga sebelum berdepan Blackburn di tempat mereka.”Pemain tahu ia pertemuan yang penting. Arsenal dan kami telah lama bersaing merebut trofi ini sejak 15 atau 16 tahun dan pertembungan antara kami selalunya penuh emosi.”

Ferguson juga bersetuju dengan laporan yang mengatakan United amat bernasib baik menewaskan Arsenal.

“Kualiti perlawanan ini amat menakjubkan,” tambah Ferguson.

“Tiada lagi perlawanan yang lebih baik daripada ini. Mereka lebih bagus pada babak pertama. Saya rasa kami agak gementar dan hantaran kami juga kurang baik.” – AFP


4 People have left comments on this post



» QSHEIRA said: { Apr 15, 2008 - 04:04:44 }

nasib menyebelahi Man U
tak pe lar..
tahun nie tak dapat nak berbalah dengan u all..
tahun depan kita berdebat lagi
;phue..hue..hue..

» QSHEIRA said: { Apr 15, 2008 - 04:04:34 }

tapi ada game ahad nie..
boleh ke Man U julang kejuaraan tahun nie dengan bertandang ke Black burn??
kita tunggu je..
any way my congrat’s to ur team..
next year hope more challenge from the other team
adios…

» Setan Merah said: { Apr 16, 2008 - 12:04:09 }

@Qsheira
tahun depan jumpa lagi ye

» Kasih said: { Apr 16, 2008 - 01:04:55 }

kalo tahun depan kita citer tahun depan jer layerkkkk :p

yang thn nie nyer kita bincang kasi MU gak yg juara, hahahahah :D



CommentLuv badge