United intai Fabiano, Alves
LONDON – Selepas berjaya mendapatkan pemain bintang dari Portugal, Manchester United kini mengalihkan perhatian mereka untuk menggunakan khidmat pemain Brazil.

Terbaru, juara Liga Perdana England itu sedia membuat tawaran sebanyak 30 juta pound (RM187.59 juta) untuk mendapat khidmat dua pemain dari negara Amerika Selatan itu, Luis Fabiano dan Daniel Alves.
Pengurus United, Alex Ferguson juga tidak mahu membuang masa dalam misi memperkuatkan barisan pemainnya dengan bersungguh-sungguh untuk membuat perjanjian dengan dua pemain antarabangsa Brazil itu.
Sebagai permulaan, wakil kelab England itu, Martin Ferguson telah memantau permainan kedua-dua pemain kelab Sevilla itu sejak tiga bulan lalu.
“Kehadiran Alves dilihat sebagai pengganti kepada tempat Gary Neville untuk tempoh jangka panjang,” jelas sumber dalam kelab itu.
Sementara itu, rakan sepasukan Alves, Fabiano pula diperlukan sebagai alternatif untuk menguatkan jentera serangan.
Untuk rekod, Fabiano telah meledak 33 gol dalam 38 penampilan bersama kelab Sepanyol itu musim ini sementara Alves dianggap antara pemain pertahanan kanan terbaik dunia.
Sebelum ini, pilihan pertama Ferguson iaitu Jose Bosingwa dari Porto telah mengikat kontrak dengan Chelsea. – Agensi

2 People have left comments on this post
klau la alex beli fabiano dengan alves ok juga
sebab dorang main bagus masa aku tengok
diorang ni ok…cuma Fabiano tua skit la..
dia xkonsisten sangat..
kadang2 je bagus