Van der Sar muncul wira baru United

MOSCOW – Penjaga gol, Edwin van der Sar boleh dianggap wira selepas membantu Manchester United menewaskan Chelsea 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Moscow awal pagi semalam.
Penjaga gol berpengalaman kelahiran Belanda itu beraksi cemerlang untuk menafikan sepakan penalti penyerang, Nicolas Anelka.
Kecemerlangan van der Sar itu telah menghadiahkan gelaran Eropah ketiga kepada United dan yang kedua baginya iaitu 13 tahun selepas memenanginya bersama Ajax Amsterdam.
“Saya berasa sangat gembira apabila berpeluang untuk menyertai United meskipun pada usia 34 tahun,” kata van Der Sar.
“Kadangkala saya hairan mengapa tidak awal-awal lagi tetapi saya tidak kisah. Kini saya sudah memenangi dua gelaran dan misi kami belum selesai.”
Kejayaan van der Sar itu sekali gus menyaksikan dia kini disamakan dengan Peter Schmeichel yang membantu Red Devils menjulang trofi Liga Juara-Juara pada musim 1999.
“Salah satu tugas saya yang paling sukar adalah mencari pengganti untuk Schmeichel dan saya akhirnya berjumpa dengan van der Sar,” kata pengurus United, Alex Ferguson.
“Ia bukan sesuatu yang tidak disengajakan tetapi dia berjaya menyelamatkan sepakan itu.
“Apabila sampai pada sepakan terakhir, saya melakukan sesuatu yang istimewa untuk menunggu keputusan akhir.” – AP

One Person has left comments on this post
go go man utd..murali taknak buat team summary ke utk musim ni..mcm blog afham tu..layan jgk..